Salam perpaduan kepada semua pembaca,

Baru-baru ini saya sangat seronok melayan beberapa komen seorang pembaca blog ini yang bernama Muniandy Murugan. Saudara ini bukan pembaca setiapun, tiba-tiba je masuk memberi komen tentang isu yang dibangkitkan di blog ini dan membuat kecoh yang tidak masuk akal. Suatu perbahasan dengan saudara Muniandy yang mendakwa bahawa saya telah meniru tulisan orang lain.

*Antara komen saudara Muniandy (8/12/2009)yang ditujukan kepada Mutiaraindon yang telah dibuang:

Mutiaraindon, kalu tak tau jangan sibuk ! Penulis Blog ini tiru dari Blog lain. Kalu ambil fakta saje lain. Ini copy-paste 100 %. Kalu tak faham, jgn masuk campur dan tunjukan kebodohan sendiri ! Ambik satu ayat di Blog ni dan cube google. Akan terlihat bhw di curi dari Blog penulis yg di kutuk oleh penulis ini.

“Mutiaraindon, saya orang tamil sejati ! Pantang lah dicabar dan di hina oleh orang yang saja saja tunjuk pandai.”

        Semuanya telah bermula apabila saya menerbitkan suatu teks  mengenai isu pengubahsuaian muka Mahatma Gandhi dengan muka seorang penulis(Y) negara ini sejurus selepas melihat gambar tersebut dalam profil laman Facebook. Sebelum menulis teks tersebut saya juga telah menghantar komen supaya gambar tersebut diubah dengan gambar lain kerana dianggap sensitif. Berlaku lah perbahasan saya dengan seorang rakan kepada Y yang bernama L.Simone.(mungkin nama lain). Saya kecewa dengan Y kerana dia tidak menukarnya. Jadi saya mulalah mengarang teks untuk dipos diblog ini.

     Seperti yang saya telah jelaskan dalam teks itu, saya mahu Mahatma Gandhi dikenali oleh semua orang supaya tokoh tersohor ini tidak dijenakakan oleh sesiapa. Pengeditan muka Mahatma kepada muka sendiri merupakan tindakan yang perlu dikesali. Inikah penghormatan yang kita patut berikan kepada tokoh tersohor dunia??? 

      Jadi saya terpaksa mengumpul dan memuatnaik beberapa maklumat mengenai Mahatma berbantukan beberapa sumber. Sumber yang paling menarik perhatian saya adalah dari enjin pencarian wikipedia yang memuatkan hampir semua data-data mengenai Mahatma. Semasa mengarang teks tersebut, saya telah memasukkan fakta-fakta signifikan mengenai Mahatma yang telah saya salin dari sumber tersebut dan telah menerbitkannya pada 30 November 2009 selepas memuatnaik beberapa gambar Mahatma bersama gambar yang dieditkan oleh seorang(Y) yang juga boleh digelar buta sejarah.

       Di sinilah bermulanya perbahasan saudara Muniandy dengan saya yang beliau mendakwa bahawa saya telah meniru tulisan Y tentang Mahatma. Ai…bila pulak saya meniru Y??? Setahu saya, Y hanya dijadikan contoh terdekat yang menyokong hujah saya berkenaan isu pengubahsuaian gambar Mahatma. Selepas itu saya telah diberi satu pautan oleh saudara Muniandy untuk melihat sendiri blog Y. Dalam blog itu Y juga telah menyalin semua data mengenai Mahatma dari Wikipedia yang telah diterbitkan pada 25 November 2009. Jadi saudara Muniandy yang juga membaca blog Y telah membuat kesimpulan bahawa saya telah meniru tulisan Y.

        Lucu..hehehe….kejap2 saya nak gelak dulu…hehehe…..  maka bermulalah pesta perbahasan saudara Muniandy dengan pembaca lain yang bernama MutiaraIndon. Ayat-ayatnya sangat sensitif dan mendakwa bahawa saya meniru 100% dari tulisan Y. Saya sebagai penulis blog ini terpaksa membuang sebanyak 21 komen saudara Muniandy kerana berbau mengugut dan sangat-sangat sensitif.

        Saya hendak mengajukan soalan kepada hampir kesemua pembaca blog ini??? Apa salah saya sebenarnya??? Adakah saya bersalah jika saudara Muniandy dan saudari Barvathi gagal melihat sumber teks saya yang telah ditaip di sebelah kanan atas penerbitan saya???(sumber tersebut telah diubah@dipindah ke kiri bawah teks dengan tulisan berwarna merah pada 8 Desember 2009 kerana kedua-dua pembaca tersebut ‘kurang penglihatan’).

         Adakah saya dianggap peniru jika segala data mengenai Mahatma diambil dari Wikipedia yang merupakan enjin maklumat??? Di mana lagi saya perlu mencari data-data Mahatma, pejuang yang telahpun meninggal dunia akibat ditembak hampir 6 dekad dahulu? Mestilah saya ambil dari buku-buku atau di laman maya. Bagi pengetauan umum, fakta-fakta mengenai Mahatma Gandhi tidak boleh dihuraikan kerana kesahihannya boleh disyaki malah boleh mengelirukan pembaca. Jadi saya telah mengambil fakta tersebut dan menulisnya dalam teks saya dengan alasan sumbernya dinyatakan.

        Dan adakah saya dianggap peniru jika maklumat mengenai Mahatma telah dimuat naik oleh Y lebih awal dari saya??? Sebenarnya, Y tidak mengarang teks tersebut malah hanya menyalin maklumat Mahatma dengan menyatakan sumbernya. Dalam hal ini Y tidak boleh dipersalahkan kerana dia telah menyalin kesemua maklumat 100% dari Wikipedia dan dinyatakan sumbernya. Tetapi bagaimanapula dengan nasib saya yang hanya memasukkan beberapa data penting dalam tulisan saya dari Wikipedia dan dinyatakan juga sumbernya?

        Adakah seorang pelajar akan dilabelkan sebagai peniru jika dia bertindak mengambil bahan pembelajaran atau nota untuk dirujuk dari internet sebelum menduduki peperiksaan??? Adakah si Aisyah akan didakwa meniru jika memasak ayam rendang berpandukan buku resepi? Adakah si Apek akan dicaci jika dia bertindak melukis logo 1Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita di dinding rumah sebagai tanda menyokong dasar atau rancangan kerajaan???

            Nasib saya agak sama dengan pelajar tersebut. Agak sama dengan si Aisyah. Agak sama juga dengan si Apek. Dilabelkan sebagai peniru atas alasan saya tidak menyatakan sumber…. Padahal saya dah nyatakannya.

            Saudara Muniandy juga telah menyatakan bahawa saya merupakan rakan kepada Y yang ingin mencari publisiti murahan. Bila pula saya menjadi kawan kepada Y???  Pernah saya nyatakan bahawa Y merupakan rakan saya??? Entah mana Muniandy dapat maklumat tak betul ini.. Y bukan kawan saya tetapi Cuma kenalan biasa saya di laman Facebook. Dan saya tidak pernah saya terfikir untuk mencari publisiti!. Selain itu, saya bertindak membuang beberapa komen saudara Muniandy kerana tidak sesuai dipaparkan. Tak ingin pembaca-pembaca lain kecil hati (mungkin marah) dengan kata-kata dusta saudara Muniandy terhadap mereka. Blog saya bukan tapak bergaduh. Hanya komen-komen yang membina sahaja boleh dipaparkan kerana ramai pelajar sedang mengikuti perkembangan blog ini. Kata-kata yang tidak senonoh akan tetap dibuang. Biar saya menyimpannya di ruang ‘trash’. Biar anda yang membuat penilaian. Saya tidak mengutuk sesiapa. Saya tidak juga mencaci sesiapa. Saya hanya memberi pendapat mengenai isu gambar Mahatma yang dieditkan.

            Sungguhpun sehingga sekarang masih ada beberapa pihak yang tidak memahami isu yang dibangkitkan iaitu pengubahsuaian gambar Mahatma. Malah lebih menumpu kepada kejujuran saya. Lebih membangkitkan isu peniruan yang tidak rasional dan yang tidak berkaitan dengan tajuk teks yang diterbitkan pada 30 November 2009. Perbincangan sudah jauh pergi meninggalkan isu yang dibangkitkan.

            Jika ada lagi individu yang masih berdegil dalam membuktikan saya sebagai peniru, teruskan usaha anda.             Walau apapun pendakwaan yang dibuat, saya masih berpegang kuat pada isu gambar Mahatma. Janganlah merosakkan imej Mahatma dengan mengeditnya dengan gambar kita sendiri kerana kita hanya manusia kerdil yang jauh berbeza dan jauh cetek pengalaman jikalau membuat perbandingan dengan Mahatma yang kaya pengalaman duniawi dan juga merupakan tokoh terhormat dunia.

      Saya juga bercadang untuk tidak melayan sebarang komen dari mereka (rasis, buta sejarah, kurang penglihatan) yang ingin mewujudkan konflik antara pembaca-pembaca lain tentang isu peniruan yang sengaja dibangkitkan. Biar pembaca setia blog ini yang membuat penilaian. Salam 1Malaysia.