Salam sejahtera

buat semua pengunjung setia laman ini semoga anda sekeluarga sihat wafiat hendaknya. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama. Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini. Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara. Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”.

Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini. Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun. Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin. Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah. Di harap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini. Terima kasih

sumber:ibnismail.wordpress.com

Advertisements