Latest Entries »

Salam perpaduan kepada semua pembaca,

Baru-baru ini saya sangat seronok melayan beberapa komen seorang pembaca blog ini yang bernama Muniandy Murugan. Saudara ini bukan pembaca setiapun, tiba-tiba je masuk memberi komen tentang isu yang dibangkitkan di blog ini dan membuat kecoh yang tidak masuk akal. Suatu perbahasan dengan saudara Muniandy yang mendakwa bahawa saya telah meniru tulisan orang lain.

*Antara komen saudara Muniandy (8/12/2009)yang ditujukan kepada Mutiaraindon yang telah dibuang:

Mutiaraindon, kalu tak tau jangan sibuk ! Penulis Blog ini tiru dari Blog lain. Kalu ambil fakta saje lain. Ini copy-paste 100 %. Kalu tak faham, jgn masuk campur dan tunjukan kebodohan sendiri ! Ambik satu ayat di Blog ni dan cube google. Akan terlihat bhw di curi dari Blog penulis yg di kutuk oleh penulis ini.

“Mutiaraindon, saya orang tamil sejati ! Pantang lah dicabar dan di hina oleh orang yang saja saja tunjuk pandai.”

        Semuanya telah bermula apabila saya menerbitkan suatu teks  mengenai isu pengubahsuaian muka Mahatma Gandhi dengan muka seorang penulis(Y) negara ini sejurus selepas melihat gambar tersebut dalam profil laman Facebook. Sebelum menulis teks tersebut saya juga telah menghantar komen supaya gambar tersebut diubah dengan gambar lain kerana dianggap sensitif. Berlaku lah perbahasan saya dengan seorang rakan kepada Y yang bernama L.Simone.(mungkin nama lain). Saya kecewa dengan Y kerana dia tidak menukarnya. Jadi saya mulalah mengarang teks untuk dipos diblog ini.

     Seperti yang saya telah jelaskan dalam teks itu, saya mahu Mahatma Gandhi dikenali oleh semua orang supaya tokoh tersohor ini tidak dijenakakan oleh sesiapa. Pengeditan muka Mahatma kepada muka sendiri merupakan tindakan yang perlu dikesali. Inikah penghormatan yang kita patut berikan kepada tokoh tersohor dunia??? 

      Jadi saya terpaksa mengumpul dan memuatnaik beberapa maklumat mengenai Mahatma berbantukan beberapa sumber. Sumber yang paling menarik perhatian saya adalah dari enjin pencarian wikipedia yang memuatkan hampir semua data-data mengenai Mahatma. Semasa mengarang teks tersebut, saya telah memasukkan fakta-fakta signifikan mengenai Mahatma yang telah saya salin dari sumber tersebut dan telah menerbitkannya pada 30 November 2009 selepas memuatnaik beberapa gambar Mahatma bersama gambar yang dieditkan oleh seorang(Y) yang juga boleh digelar buta sejarah.

       Di sinilah bermulanya perbahasan saudara Muniandy dengan saya yang beliau mendakwa bahawa saya telah meniru tulisan Y tentang Mahatma. Ai…bila pulak saya meniru Y??? Setahu saya, Y hanya dijadikan contoh terdekat yang menyokong hujah saya berkenaan isu pengubahsuaian gambar Mahatma. Selepas itu saya telah diberi satu pautan oleh saudara Muniandy untuk melihat sendiri blog Y. Dalam blog itu Y juga telah menyalin semua data mengenai Mahatma dari Wikipedia yang telah diterbitkan pada 25 November 2009. Jadi saudara Muniandy yang juga membaca blog Y telah membuat kesimpulan bahawa saya telah meniru tulisan Y.

        Lucu..hehehe….kejap2 saya nak gelak dulu…hehehe…..  maka bermulalah pesta perbahasan saudara Muniandy dengan pembaca lain yang bernama MutiaraIndon. Ayat-ayatnya sangat sensitif dan mendakwa bahawa saya meniru 100% dari tulisan Y. Saya sebagai penulis blog ini terpaksa membuang sebanyak 21 komen saudara Muniandy kerana berbau mengugut dan sangat-sangat sensitif.

        Saya hendak mengajukan soalan kepada hampir kesemua pembaca blog ini??? Apa salah saya sebenarnya??? Adakah saya bersalah jika saudara Muniandy dan saudari Barvathi gagal melihat sumber teks saya yang telah ditaip di sebelah kanan atas penerbitan saya???(sumber tersebut telah diubah@dipindah ke kiri bawah teks dengan tulisan berwarna merah pada 8 Desember 2009 kerana kedua-dua pembaca tersebut ‘kurang penglihatan’).

         Adakah saya dianggap peniru jika segala data mengenai Mahatma diambil dari Wikipedia yang merupakan enjin maklumat??? Di mana lagi saya perlu mencari data-data Mahatma, pejuang yang telahpun meninggal dunia akibat ditembak hampir 6 dekad dahulu? Mestilah saya ambil dari buku-buku atau di laman maya. Bagi pengetauan umum, fakta-fakta mengenai Mahatma Gandhi tidak boleh dihuraikan kerana kesahihannya boleh disyaki malah boleh mengelirukan pembaca. Jadi saya telah mengambil fakta tersebut dan menulisnya dalam teks saya dengan alasan sumbernya dinyatakan.

        Dan adakah saya dianggap peniru jika maklumat mengenai Mahatma telah dimuat naik oleh Y lebih awal dari saya??? Sebenarnya, Y tidak mengarang teks tersebut malah hanya menyalin maklumat Mahatma dengan menyatakan sumbernya. Dalam hal ini Y tidak boleh dipersalahkan kerana dia telah menyalin kesemua maklumat 100% dari Wikipedia dan dinyatakan sumbernya. Tetapi bagaimanapula dengan nasib saya yang hanya memasukkan beberapa data penting dalam tulisan saya dari Wikipedia dan dinyatakan juga sumbernya?

        Adakah seorang pelajar akan dilabelkan sebagai peniru jika dia bertindak mengambil bahan pembelajaran atau nota untuk dirujuk dari internet sebelum menduduki peperiksaan??? Adakah si Aisyah akan didakwa meniru jika memasak ayam rendang berpandukan buku resepi? Adakah si Apek akan dicaci jika dia bertindak melukis logo 1Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita di dinding rumah sebagai tanda menyokong dasar atau rancangan kerajaan???

            Nasib saya agak sama dengan pelajar tersebut. Agak sama dengan si Aisyah. Agak sama juga dengan si Apek. Dilabelkan sebagai peniru atas alasan saya tidak menyatakan sumber…. Padahal saya dah nyatakannya.

            Saudara Muniandy juga telah menyatakan bahawa saya merupakan rakan kepada Y yang ingin mencari publisiti murahan. Bila pula saya menjadi kawan kepada Y???  Pernah saya nyatakan bahawa Y merupakan rakan saya??? Entah mana Muniandy dapat maklumat tak betul ini.. Y bukan kawan saya tetapi Cuma kenalan biasa saya di laman Facebook. Dan saya tidak pernah saya terfikir untuk mencari publisiti!. Selain itu, saya bertindak membuang beberapa komen saudara Muniandy kerana tidak sesuai dipaparkan. Tak ingin pembaca-pembaca lain kecil hati (mungkin marah) dengan kata-kata dusta saudara Muniandy terhadap mereka. Blog saya bukan tapak bergaduh. Hanya komen-komen yang membina sahaja boleh dipaparkan kerana ramai pelajar sedang mengikuti perkembangan blog ini. Kata-kata yang tidak senonoh akan tetap dibuang. Biar saya menyimpannya di ruang ‘trash’. Biar anda yang membuat penilaian. Saya tidak mengutuk sesiapa. Saya tidak juga mencaci sesiapa. Saya hanya memberi pendapat mengenai isu gambar Mahatma yang dieditkan.

            Sungguhpun sehingga sekarang masih ada beberapa pihak yang tidak memahami isu yang dibangkitkan iaitu pengubahsuaian gambar Mahatma. Malah lebih menumpu kepada kejujuran saya. Lebih membangkitkan isu peniruan yang tidak rasional dan yang tidak berkaitan dengan tajuk teks yang diterbitkan pada 30 November 2009. Perbincangan sudah jauh pergi meninggalkan isu yang dibangkitkan.

            Jika ada lagi individu yang masih berdegil dalam membuktikan saya sebagai peniru, teruskan usaha anda.             Walau apapun pendakwaan yang dibuat, saya masih berpegang kuat pada isu gambar Mahatma. Janganlah merosakkan imej Mahatma dengan mengeditnya dengan gambar kita sendiri kerana kita hanya manusia kerdil yang jauh berbeza dan jauh cetek pengalaman jikalau membuat perbandingan dengan Mahatma yang kaya pengalaman duniawi dan juga merupakan tokoh terhormat dunia.

      Saya juga bercadang untuk tidak melayan sebarang komen dari mereka (rasis, buta sejarah, kurang penglihatan) yang ingin mewujudkan konflik antara pembaca-pembaca lain tentang isu peniruan yang sengaja dibangkitkan. Biar pembaca setia blog ini yang membuat penilaian. Salam 1Malaysia.

Advertisements

WOODS = SKANDAL

Siapa yang tidak mengenali pemain golf terkenal Tiger Woods. Beliau yang dilahirkan pada 30 Disember 1975 di Cypress,California merupakan anak tunggal kepada pasangan Earl Woods dan Kultida. Woods yang mula berkecimpung dalam dunia golf seawal 2 tahun ditempat sebagai pemain termuda yang dimartabatkan sebagai pemain golf nombor satu dunia. Boleh dikatakan setiap hari ada saja puluhan laporan sama ada di media cetak mahupun di media elektronik tentang berita kejayaan mahupun kehebatan beliau.

Bagi lelaki yang diberi nama Eldrick Tont Woods kejayaan dan kekayaan yang ditempanya sangat profilik terutamanya dalam dunia sukan golf. Setakat ini Woods telah memenangi 71 kejohanan PGA Tour, 14 kejohanan utama. Bagi pengetahuan umum, tahun lepas sahaja Woods memperoleh pendapatan sebanyak RM 403.6 juta hasil penajaan, yuran kemunculan dan penjualan buku dan baju. Ternyata juga pendapatan luar padang pula lebih dua kali ganda daripada pendapatan hasil kemenangan beliau yang berjumlah RM27.6 juta. Setakat ini jumlah wang yang terkumpul berjumlah RM3.18 bilion. Malah dijangka pada penghujung tahun hadapan pemain handal Golf ini akan menjadi bilionair pertama dalam arena sukan.

Mengikut Woods, kekayaan yang dimilikinya tidak penah merubah dirinya selama ini dan beliau juga sentiasa bersikap merendah diri dan menjauhkan diri daipada perhatian media. Menurut Woods: “ wang bukan keutamaan dalam hidup saya. Saat yang membimbangkan saya tentang wang ringgit ialah ketika saya mula-mula menjadi pemain professional. Apa yang membuatkan saya gembira ialah famili saya, bermain golf dan melakukan aktiviti riadah. Wang tidak pernah menjadi motivasi untuk saya dalam hidup ini. (Detroit News, 2006) Asalnya bapanya merupakan orang yang bertanggungjawab membimbing minat beliau dalam sukan golf.

Namun pada masa yang sama kehidupan peribadiya tidak banyak diketahui umum. Woods telah bertunang dengan Elin Nordegren, seorang model Sweden yang dikenali melalui pemain golf juga. Mereka kemudiannya berkahwin pada 5 Oktober 2004 dan dikurniakan dua orang anak bernama Sam Alexis berusia 3tahun dan Charlie Axel yang dilahirkan pada Februari lepas. Pasangan ini yang memiliki rumah mewah di Isleworth Orlando serta beberapa rumah lagi di Wyoming California dan juga di Sweden serta kapal layar mewah berada di puncak kemewahan dunia. Apatah lagi dengan imej bersih yang diserlahkan oleh Woods sebagai seorang bapa dan suami yang penyayang beliau dilihat sebagai manusia sempurna yang boleh dijadikan contoh terbaik.

Namun begitu, masyarakat dunia dikejutkan dengan kemalangan Woods pada 27 November lalu setelah kenderaan SUV yang dipandunya hilang kawalan di luar kediamannya di Florida dan terpaksa memecahkan cermin kereta menggunakan kayu golf bagi membawanya keluar oleh isterinya. Woods pula ditahan sementara di hospital kerana telah merempuh pili bomba dan sebatang pokok milik jirannya dan hanya perlu membayar denda sebanyak RM 553 kepada Polis. Namun spekulasi kemalangan semakin memuncak apabila tiba-tiba Woods dikaitkan dengan skandal dengan pelayan kelab malam Rachel Uchitel namun dia menafikan gosip tersebut. Isu ini bertambah panas bila Woods terpaksa menarik diri dari satu kejohanan Chevron World Challenge. Ini telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau sebenarnya bergaduh dengan isterinya.

Nasib Woods menjadi semakin malang apabila seorang lagi wanita Jaimee Grubbs mendakwa menjalin hubungan seks sebanyak 20 kali dengan Woods. Grubbs yang pernah menyertai program reality televisyen mendakwa mereka telah menjalin hubungan selama 31 bulan dan masih menyimpan beberapa gambar dengan Woods dan lebih 400 mesej ‘hangat’ dan beberapa rakaman suara. Menurut Aida Menasca, rakan baik Grubbs, Jaimee dan Woods berkenalan pada April 2007 dan mengetahui mengenai perkenalan ini setelah diberitahu oleh Jaimee. Namun Woods akhirnya mengakui skandal itu di laman web peribadinya(http://web.tigerwoods.com). Menurut Woods dia menyesali dengan sepenuh hati kerana melukakan hati familinya dan akan cuba menangani krisis peribadi ini tanpa mendedahkan kepada khalayak umum. Woods juga berjanji akan merubah menjadi suami dan bapa yang diperlukan dalam familinya.

“I have let my family down and I regret those transgressions with all of my heart. I have not been true to my values and the behavior my family deserves. I am not without faults and I am far short of perfect. I am dealing with my behavior and personal failings behind closed doors with my family. Those feelings should be shared by us alone.

I will strive to be a better person and the husband and father that my family deserves. For all of those who have supported me over the years, I offer my profound apology.” (Tiger Woods)

Begitulah berlaku kepada seorang yang dikatakan mempunyai rekod kejayaan dan kekayaan yang sempurna tetapi akhirnya terjerat dalam kancah skandal. Mungkin skandal sebegini menjerat kehidupan familinya serta mencalarkan imej bersihnya. Malah kini satu dunia mengetahuinya. Kisah Woods akan pasti jauh berbeza jika dia hanya seorang manusia seperti kebanyakan kita. Paling tidak pun hanya setakat dikeji dan diumpat oleh orang sekelilingnya.

Antara komen yang diterima oleh Woods menerusi laman Web peribadinya:

vivianmed wrote: I am deeply disappointed in you Tiger. The most disturbing thing to me is the image you have not only allowed your handlers to portray of you, but you yourself have promoted–good clean guy, family guy. You are a hypocrite of major proportions and it makes me think for you to be able to do this, to live with yourself and continue (until caught) projecting this image…it makes me think you are one heck of a narcissist. Your wife should divorce you now just to save herself from you.

hkinvestor wrote: For RECONCILIATION to happen, one party must FORGIVE and the other to REPENT and show REMORSE. Tiger, I pray you and Elin will be able to reconcile.

johnnyBgood wrote: Those of you who expect that Tiger is perfect now are abundantly clear that he is not. Those who expected he was an angel, now have at least 4 pieces of evidence to convince you that he is not. Those who thought that Tiger was intelligent, insightful, and wise beyond his years, now have ample evidence to show that he’s not. So please stop criticizing Tiger just because he seems to be a chronic adulterer, or because he falls to the ground and snores after running his car into trees.

Terima kasih dan berilah sebarang komen anda di laman ini.

Sumber: www.tigerwoods.com, web.tigerwoods.com, en.wikipedia.org/wiki/Tiger_Woods ,

Salam perpaduan kepada semua pembaca setia blog ini.

Bagi pengetahuan anda, dunia  pasca jahiliah ini pernah melihat ramai tokoh yang telah berjuang untuk mencipta atau untuk mendapatkan sesuatu bagi menghidupkan perkembangan hidup manusia. Tokoh-tokoh ini boleh dikatakan telah berusaha bermati-matian untuk mencapai objektif dan matlamat mereka selepas mengalami beratus-ratus kegagalan. Tetapi mereka mampu bangkit semula sehingga mendakap kejayaan yang sungguh memberangsangkan seperti yang dihajati. Misalnya, Albert Einstein, John F.Kennedy, Alexander Graham Bell, William Shakespeare, Thomas Edison, Napoleon Bonaparte, Christopher Columbus, Isaac Newton, Mohandas Karamchand Gandhi, ‘Umar ibn al-Khattab, Augustus Caesar dan beberapa orang lagi.

Persoalannya, adakah kita benar-benar mengingati atau menghormati tokoh-tokoh berkenaan? Saya pernah melihat beberapa buah gambar tokoh yang diedit dengan gambar orang lain bagi tujuan jenaka atau sindir. Gambar yang paling menyakiti hati saya adalah gambar tokoh kemerdekaan India, Mohandas Karamchand Gandhi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi. Saya melihat gambar tersebut dalam profil facebook seorang penulis yang boleh dikatakan aktif dan berpengaruh di arus perdana dunia penulisan kesusasteraan melayu. Penulis ini telah mengedit muka Mahatma dengan mengubahnya dengan mukanya sendiri. Saya juga terperanjat dengan tindakan penulis ini yang boleh dikelaskan sebagai penulis prominen yang buta sejarah.

Adakah tindakan ini wajar kita sokong sedangkan kita telahpun diterapkan dengan unsur-unsur sejarah sebaik sahaja kita melangkah ke tahun 1 di sekolah?  Mungkin ada pihak yang mendakwa bahawa pengeditan gambar mahatma tidak begitu serius. Kita perlu faham bahawa, kita boleh memilih untuk mengikut dan menyanjungi prinsip dan fahaman mahatma tetapi kita tidak boleh sesekali cuba untuk menjadi diri mahatma sendiri. Mungkin juga hal-hal sebegini berlaku kerana seseorang itu jahil mengenai tokoh-tokoh mashyur dunia.

Kepada para pembaca blog ini, marilah kita bersama-sama berdiri teguh mempertahankan imej negarawan dunia dan kepada penulis yang mempotretkan dirinya sebagai Mahatma Gandhi, adalah menjadi komitmen saya untuk memperkenalkan tokoh kemerdekaan negara India tersebut.

Mohandas Karamchand Gandhi merupakan pemimpin politik dan tokoh spiritual tersohor yang lahir pada 2hb Oktober 1869 di Bandar Porbandar, Gujerat, India. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Beliau adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman yang menolak kekerasan ‘Ahimsa’.

Apabila kita meneroka sejarah awal pejuang kemerdekaan ini, keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Diwan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Di sekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang “mediocre” atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya. Beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya mengikut adat orang India pada waktu itu.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di University College London, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam. Gandhi telah mulai merintis perjuangannya sejak di berada di Afrika Selatan. Pada tahun 1893 di mana beliau melihat adanya diskriminasi yang dilakukan oleh pemerintah setempat terhadap masyarakat India, serta masyarakat kulit hitam di sana untuk melakukan tindakan non-kooperasi terhadap pemerintah / penguasa Afrika Selatan. 

Selepas kembali ke India, beliau membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahawa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tidak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi. Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

Mahatma Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara tahun 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan “suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi”. Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat.

Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata:

“Menyedihkan…melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada ‘Middle Temple’ yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang.”

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi:

“(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini.”

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan anti-kekerasan(Non Violence) di seluruh dunia.

Kepada mereka yang buta sejarah, Mahatma Gandhi adalah pemimipin yang paling inspirasional pada awal abad 20. Advokasinya tentang ketidakpatuhan warga serta tanpa kekerasan adalah cara yang paling efektif untuk mencapai perubahan sosial yang mempengaruhi pergerakan-pergerakan lain di dunia, seperti perjuangan Marthin Luther King Jr. di Amerika Syarikat yang terinspirasi oleh perjuangannya dalam menuntut persamaan hak dan penghapusan diskriminasi antara masyarakat kulit putih terhadap masyarakat kulit hitam.

Sekiranya, ajaran Mahatma Gandhi diikuti, maka hal itu akan pasti dijauhi. Andaikan banyak pihak mahu mengikuti fahaman ahimsa (ajaran yang menolak kekerasan), maka korban kemanusiaan tidak akan terjadi. Kerana apabila kekerasan dibalas dengan kekerasan hanya akan melahirkan kebencian dan tidak melahirkan bibit-bibit permusuhan baru.  Gandhi mengajarkan kita pada pentingnya memperjuangkan sesuatu berdasarkan kebenaran. Lebih-lebih lagi, perjuangan itu juga harus berada di jalan yang benar dan bermoral. 

Harap semua yang menatap blog ini akan mendapat gugusan faedah daripadanya dan memahami serta menghormati tokoh kemerdekaan yang tersohor dalam sejarah dunia yang bernama Mahatma Gandhi.

Sumber: id.wikipedia.org/wiki/Mahatma_Gandhi , http://www.essortment.com , history1900s.about.com/od/people/a/gandhi.htm , http://www.mkgandhi.org/biography/index.htm

Kebohongan biasa dilakukan oleh siapa saja. Anak kecil, orang dewasa, Anda, bahkan pasangan Anda sekalipun. Apakah Anda pernah berfikir kenapa pasangan Anda biasa membohongi Anda khususnya wanita?

1. Ingin balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.


5. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

6. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

7. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

8. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

9. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

10. Wanita cuba memeriksa

Wanita suka memeriksa lelaki untuk mengukur seberapa jujur dan pantas seorang lelaki menjadi kekasihnya. Biasanya hal ini tidak diduga-duga oleh para lelaki dan wanita dengan mudah mengelabui seorang lelaki. Dalam kasus ini para wanita sering sekali menceritakan hal yang tidak benar atau bohong, yang jelas dia hanya ingin melihat reaksi lelaki.

11.Wanita ingin menutup-nutupi kejadian masa lalu

Menutupi kejadian masa lalu menjadi satu alasan kuat buat wanita bisa berbohong kepada lelaki. Hal ini disebabkan para wanita tidak menginginkan lelaki mengetahui kejadian yang sebenarnya. Wanita mencuba menutup-nutupinya dan melupakan kejadian itu. Wanita beranggapan Anda adalah seorang ‘hakim’ yang bisa menjatuhkan hukuman kerana kebohongannya.

Sumber: kosmo, http://forum.himsisfo.net.

Selepas 25 tahun mencipta imej yang sungguh teguh, akhirnya Oprah Gail winfrey yang juga digelar permaisuri media akhirnya mahu mengakhiri kariernya sebagai hos diskusi terkenal ‘The Oprah Winfrey Show’ selepas berkongsi tujuan sebenar beliau berbuat demikian. Oprah yang lahir pada 29hb januari 1954, merupakan hos diskusi yang telah banyak menyentuh perkara-perkara yang dianggap signifikan dan cukup kontroversial dan dianugerahkan beberapa pingat. Beliau yang dikategorikan sebagai wanita afrika-amerika yang terkaya pada abad 20, dikatakan mampu memantapkan ekonomi dirinya sehingga melancarkan syarikat produksi yang bernama ‘The Oprah’s Harpo Production’.

Tambahan pula, Oprah juga merupakan wanita yang mempunyai influensi yang cukup tinggi di seluruh pelusuk dunia. selain itu, Oprah juga tidak pernah menemui kegagalan dalam hayatnya sehingga kolomnis Maureen Dowd mengatakan bahawa:

“She is the top alpha female in this country. She has more credibility than the president. Other successful women, such as Hillary Clinton and Martha Stewart, had to be publicly slapped down before they could move forward. Even Condi has had to play the protegé with Bush. None of this happened to Oprah — she is a straight ahead success story”

Walau bagaimanapun, Oprah juga pernah menerima tamparan hebat pada tahun 2006 daripada segelintir masyarakat dunia apabila beliau membuat diskusi tentang sebuah tajuk kontroversial iaitu ‘Is War The Only Answer?’

Beliau mengakuinya bahawa:

‘I once did a show titled Is War the Only Answer? In the history of my career, I’ve never received more hate mail-like ‘Go back to Africa’ hate mail. I was accused of being un-American for even raising the question”

Walaupun begitu, Oprah Gail Winfrey berjaya mencipta nama sehingga ke akar umbi dunia tetapi keputusannya untuk mengakhiri karier dianggap tidak masuk akal. apakah selepas 25 tahun menyelusuri dunia media baru sekarang mahu menoktahkan kariernya?

Apakah pendapat anda ???? sila beri komen

Salam perpaduan kepada semua individu yang sedang menelaah laman ini.

Baru-baru ini saya terkejut mendengar pengakuan beberapa pelajar bahawa mereka tidak arif sebutir perkarapun mengenai Perlembagaan negara. Bukan sahaja mereka, ada juga pihak tertentu membuat akuan yang sama. Dan ada juga orang yang mengatakan bahawa dia hanya pernah mendengarnya semasa berbual dengan rakan di kedai kopi. Mulut saya terkunci mendengar pengakuan mereka. Bagaimanakah terjadinya isu sebegini sedangkan kita anak Malaysia. Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh membawa perubahan untuk melestarikan kehidupan masyarakat. Tetapi adakah usaha kerajaan akan berjaya jika masih wujud pihak yang masih buta perlembagaan??? Bolehkah rakyat kita benar-benar memahami dan menyokong segala dasar dan projek kerajaan jika mereka buta perlembagaan???

Mengikut ilmu pembacaan saya, perlembagaan adalah sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuknya, strukturnya, aktiviti-aktivitinya, sifat-sifatnya dan peraturan-peraturannya yang utama. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan yang mengandungi 183 perkara dan 15 fasal ini adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957 dan digubal oleh Suruhanjaya Reid.

Perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang Di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, mewujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan lain-lain. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat dan bimbingan daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Untuk meminda perlembagaan, majoriti 2/3 perlu bersetuju terhadap pemindaan ini dan memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan iaitu dewan rakyat dan dewan negara di Parlimen. Perlembagaan Persekutuan dibahagikan kepada 15 bahagian manakala setiap bahagian mengandungi satu atau lebih atau artikel yang relevan.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.

Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggugat hak asasi rakyat di negara ini.

Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi dan dimuliakan. Sesungguhnya, jika keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan bagi negara Malaysia ini.Harap penjelasan saya dapat membuka mata pihak yang buta Perlembagaan.

TERIMA KASIH

 

 

Salam perpaduan buat anda semua,

Pagi tadi sempat saya baca akhbar berita harian sambil menghirup secawan teh di sebuah Restoran Nasi Kandar yang terletak di Taman Perumahan Daya, Johor. Sudah lama juga saya tak hayati berita-berita semasa akhbar tempatan. Pagi tadi berita yang paling menggembirakan adalah keputusan UPSR. Mengikut analisis akhbar tersebut seramai 48,171 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran tahun ini berbanding 46,641 calon tahun lalu, meningkat 0.32 peratus. Baki 319,336 calon memperoleh minimum gred C atau baik bagi semua mata pelajaran, manakala 3,266 lagi memperoleh gred E atau sangat lemah bagi semua mata pelajaran.

Apabila kita meneliti keputusan tahun ini, jelas menunjukkan peningkatan yang cukup menggalakkan dari segi peratus calon yang lulus. Segala usaha, dedikasi serta pengorbanan pihak sekolah dan ibu bapa sudah menampakkan hasil yang cukup baik. hal ini terbukti apabila saya melihat petikan berita sebuah lagi akhbar tempatan yang mengisahkan kecekalan seorang ibu  yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.Murid itu disahkan menghidapi penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang yang menyebabkan dia cacat. Murid itu yang bernama Siti Norfarah Hanim, 12, nampaknya tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

“Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari,” katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas. Syabas saya ucapkan kepada adik Siti kerana tekun dan tabah menghadapi pelbagai cabaran sehingga lulus cemerlang dalam UPSR.

Harap-harap semua pelajar ini terus berjuang untuk berjaya dalam hidup yang serba pantas ini.

Klik di bawah

cerita seekor katak kecil

Tahniah kepada semua murid!!!

 

Mutiara kata atau kata-kata hikmat penting untuk kita semua. Kata-kata ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, atau dalam pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata-kata ini sebagai kata-kata semangat untuk kehidupan harian agar dapat menghibur serta memotivasikan diri sendiri.

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. – Saidina Ali Abi Talib

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

 

terima kasih seluas lautan!!!

 

 

LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

1_malaysia

Lima Prinsip Rukun Negara

Harus menjadi cara hidup kita

Bukan sekadar ikrar sahaja

Sekali sekala dibaca semata

Lima Prinsip Rukun Negara

Telah menjadi teras perpaduan

Membentuk satu negara

Tanpa mengira agama dan bangsa

Amalkanlah Rukun Negara

Dalam hidup harian kita

Tanpa mengira tua muda

Mengekalkan warisan kita

Lima Prinsip Rukun Negara

Ikrar:

Kepercayaan kepada tuhan

Kesetiaan kepada raja dan negara

Keluhuran perlembangaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan

Itulah Lima Prinsip Rukun Negara!

2811810856_3f41e24d04Buruh nelayan dan juga petani

Gaya hidup kini dah berubah

Anak-anak terasuh mindanya

Lahir generasi bijak pandai

Pakar I.T pakar ekonomi

Jaguh sukan dan juga jutawan

Berkereta jenama negara

Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini

Kejayaan semakin menghampiri

Biar di kota ataupun desa

Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjaya

Keranamu kami hidup selesa

Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka

Keranamu nyawa dipertaruhkan

Keranamu kami rela berjuang

Demi bangsa kedaulatan negara